Asia Business Gazette
SEE OTHER BRANDS

Fresh news on business and economy in Asia and the Pacific

Platform MT5 Kini Tersedia di Axi Select, Memberi Kuasa kepada Lebih Ramai Pedagang di Seluruh Dunia

SYDNEY, Sept. 09, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Broker dalam talian global, Axi, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa platform MT5 kini tersedia untuk program pedagang tajaan terkemuka industri, Axi Select. Integrasi ini memberikan fleksibiliti kepada para pedagang untuk memilih platform yang paling sesuai dengan pendekatan dagangan mereka—semuanya di satu tempat.

Axi Select menawarkan peluang unik kepada para pedagang untuk berdagang dengan modal tajaan sehingga AS$1 juta—tanpa yuran penilaian, akaun demo mahupun had masa. Penyertaan platform MT5 telah membuka peluang ini kepada lebih ramai pedagang sekali gus menggabungkan teknologi dagangan generasi seterusnya dengan laluan yang jelas menuju modal dan pertumbuhan.

Kami melancarkan Axi Select untuk mentakrifkan semula apa yang mungkin dicapai oleh pedagang yang bercita-cita tinggi,” kata Greg Rubin, Ketua Axi Select. “Dengan membawa MT5 ke dalam program ini, kami memperluaskan akses dan memberikan para pedagang cara yang lebih fleksibel dan berkuasa untuk membina kerjaya dagangan mereka bersama Axi.”

Platform Axi MT5 menawarkan:

  • Alat carta dan analitik termaju
  • Liputan pasaran yang lebih mendalam serta pelaksanaan dagangan yang lebih pantas
  • Antara muka dagangan pelbagai fungsi dengan keupayaan dagangan algoritma

Dengan ketersediaan MT5 di Axi Select, para pedagang kini boleh menikmati sepenuhnya manfaat program ini terus dalam persekitaran MT5 mereka, sambil masih mempunyai pilihan untuk terus menggunakan MT4 sekiranya ia lebih sesuai dengan keperluan dagangan mereka.

Di platform MT4 atau MT5, pedagang Axi Select boleh:

  • Berdagang pasaran sebenar dengan modal langsung (bermula daripada AS$5,000 hingga AS$1 juta)
  • Maju mengikut rentak sendiri tanpa yuran pendaftaran, cabaran atau had masa
  • Menjejaki prestasi melalui sistem Edge Score
  • Mengakses pendidikan dan bimbingan eksklusif
  • Meneruskan perjalanan mereka ke arah dagangan profesional

Langkah ini mencerminkan misi Axi Select untuk menyokong pedagang di setiap peringkat, dengan menyediakan alat dan peluang yang selari dengan matlamat sebenar jangka panjang—bukan sekadar kejayaan jangka pendek.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau untuk menyertai Axi Select di MT5, layari https://www.axi.com/int/funded-trader-programme

Perihal Axi

Axi merupakan sebuah syarikat dagangan FX dan CFD dalam talian global, dengan ribuan pelanggan di lebih daripada 100 negara di seluruh dunia. Axi menawarkan CFD untuk beberapa kelas aset termasuk Forex, Saham, Emas, Minyak, Kopi dan banyak lagi.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau ulasan tambahan daripada Axi, sila hubungi: mediaenquiries@axi.com

Program Axi Select hanya tersedia untuk pelanggan AxiTrader Limited. CFD membawa risiko kerugian pelaburan yang tinggi. Dalam urusan kami bersama anda, kami akan bertindak sebagai rakan niaga utama kepada semua posisi anda. Kandungan ini mungkin tidak tersedia di rantau anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk Syarat Perkhidmatan kami. Yuran perdagangan standard dan deposit minimum dikenakan.


Primary Logo

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share us

on your social networks:
AGPs

Get the latest news on this topic.

SIGN UP FOR FREE TODAY

No Thanks

By signing to this email alert, you
agree to our Terms & Conditions